Thursday, April 30, 2009

Kekuatan batin menurun


SAYA berusia 51 tahun. Baru-baru ini, saya disahkan menghidap darah tinggi malah pernah mendapat minor stroke. Namun, alhamdulillah saya sihat sekarang.

Untuk makluman doktor, saya diarah mengambil beberapa jenis ubat tanpa ditinggalkan iaitu ubat jenis atenolol, cardiopill dan sebagainya. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah mengenai kekuatan tenaga batin yang agak menurun.

Selepas berasmara dengan isteri, zakar saya menegang dengan baik dan apabila dimasukkan ke faraj, ia serta merta menjadi kendur. Namun, apabila saya cuba melakukan onani, nampaknya tidak ada masalah.

Apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi ini?

Suami Baik,
Kuala Lumpur.


UBAT darah darah tinggi yang diambil saudara boleh menyebabkan berlakunya masalah ketegangan zakar atau erectlie dysfunction.

Ini kerana ubat dari jenis beta-blocker boleh memberi gangguan ke atas proses ereksi zakar. Selain itu, ubat lain dari jenis diuretiks; ubat anti kemurungan; ubat mengawal aras kolesterol; ubatan kanser prostate dan kemoterapi boleh menjejaskan ereksi.

Selain itu, masalah darah tinggi yang dialami saudara boleh menyumbang kepada masalah ereksi.

Saya menasihatkan saudara berjumpa doktor yang merawat untuk berbincang. Salah satu kaedah yang boleh diambil ialah mengurangkan dos ubat darah tinggi. Selain itu, saudara boleh berbincang mengenai pengambilan ubat PDE 5 inhibitor seperti Sildenafil (Viagara); Vardenafil (Levitra) atau Tadalafil (Cialis).

Ubat ini boleh membantu memulihkan masalah ketegangan zakar yang dialami. Bagaimanapun, ubat ini tidak boleh dibeli di farmasi. Saudara perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan saudara boleh mengambil ubat PDE5 inhibitor ini.

Ini kerana ubat ini tidak boleh diambil jika pada masa sama, saudara mengambil ubat jenis nitrates iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.

0 comments on "Kekuatan batin menurun"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez