Wednesday, April 15, 2009

Kembang dalam balang


SAYA berumur 32 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya pernah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom) sebelum ini dengan wanita yang berlainan sejak berumur 18 tahun.

Saya tidak menghidap penyakit walaupun aktif dalam seks rambang. Beberapa tahun lalu, saya pernah mencuba membesarkan saiz zakar dengan menggunakan alat pam pembesaran zakar yang tidak bertauliah.


Ketika mengepam zakar yang mengembang sehingga menjadi keras, saya terasa hendak ejakulasi dan cuba memancutkan air mani semasa zakar berada di dalam balang tetapi tidak terpancut.

Ia tidaklah pedih sangat tetapi terasa sedikit sakit di bahagian kepala zakar. Selepas itu, saya neutralkan pam dan zakar kembali kendur. Apabila hendak membuang air kecil, saya terasa sangat sakit ketika air kencing berada di dalam kepala zakar.

Selepas air kencing berjaya keluar, saya tidak berasa sakit lagi tetapi dapati ada sedikit darah meleleh dari lubang kencing. Sejak itu, saya tidak lagi menggunakan alat pembesaran zakar.

Kini zakar saya masih boleh berfungsi dengan baik cuma tidak mampu menahan pancutan ketika hendak klimaks. Adakah zakar saya sudah rosak akibat darah pernah keluar dari lubang kencing?

Apakah yang menyebabkan zakar saya ‘muntah darah’. Adakah saya berisiko menghidap penyakit kelamin selepas ini selain cara atau teknik memelihara zakar supaya iaa sentiasa sihat serta lambat pancut.


INGIN TAHU

Ampang, Kuala Lumpur


Anda sudah menerangkan secara terbuka pengalaman seksual anda yang pelbagai selain amalan kurang sihat yang membawa sedikit sebanyak kecederaan kepada anggota kelamin.

Memandangkan anda akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, elok sekirannya anda menjalani ujian darah yang menyeluruh untuk mengenal-pasti sekiranya anda ada membawa kuman atau virus hasil daripada aktiviti seks rambang.

Jika selama ini anda tidak pernah menggunakan kondom atau jarang menggunakannya, kemungkinan besar anda terdedah kepada pelbagai gejala penyakit kelamin walaupun anda tiada simptom atau menunjukkan tanda penyakit.

Kadangkala, tanda itu tidak menonjol secara biasa. Ia boleh menular serta berada di sistem dalaman tubuh dan hanya akan kelihatan pada kemudian hari.

Kecederaan yang pernah berlaku kepada penghujung anggota sulit akibat penggunaan pam vakum tanpa nasihat doktor disebabkan terluka di bahagian pembukaan saluran kencing.

Jika kecederaan itu ketara mungkin salur kencing boleh tersekat atau sempit dan boleh menyebabkan kesakitan ketika ejakulasi.

Oleh itu, tidak hairan jika anda terasa sakit ketika ejakulasi tetapi tidak ketika buang air kecil kerana air mani pekat dan sudah tentu menekankan saluran berkenaan.

0 comments on "Kembang dalam balang"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez