Saturday, May 2, 2009

Kehilangan rasa bila bersetubuh


SAYA ingin bertanya mengenai zakar yang kehilangan rasa bila bersetubuh akibat kerap melakukan onani dengan sabun. Apakah kehilangan rasa ini boleh sembuh semula secara semula jadi?

Nell, Kota Kinabalu.

UNTUK makluman saudara, kerap melakukan onani menggunakan sabun tidak menyebabkan zakar kehilangan rasa semasa bersetubuh. Kehilangan rasa yang kekal pada zakar mungkin berpunca dari masalah saraf.

Kehilangan rasa pada zakar juga boleh terjadi kepada lelaki yang menggunakan gel pelincir yang mengandungi local anasthetics seperti lignocaine dan ini bersifat sementara saja. Setengah kondom di pasaran juga dilapisi lignocaine di bahagian dalam.

Penggunaan lignocaine ini bertujuan memberi kesan kebas pada kepala zakar dan ini akan memanjangkan masa hubungan seks sebelum ejakulasi. Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kebas ini supaya pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat.

Penggunaan sabun semasa onani boleh memberi kesan kepada zakar dalam bentuk pengeringan kulit di kepala zakar dan di sekeliling zakar. Kulit di kawasan zakar adalah sensitif.

Sesetengah sabun akan menghilangkan kelembapan semula jadi di kawasan zakar. Sabun juga boleh menyebabkan iritasi pada pembukaan urethra dan ini menyebabkan rasa pedih selepas onani.

Adalah lebih baik jika saudara menggunakan water base gel seperti KY Jelly untuk melakukan onani. Selain itu, minyak bayi juga boleh digunakan tetapi zakar perlu dibasuh selepas onani. Penggunaan petroleum base gel tidak digalakkan.

0 comments on "Kehilangan rasa bila bersetubuh"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez