Thursday, April 30, 2009

Ingin tahu produk atasi masalah ereksi


SAYA tidak menghadapi masalah ereksi dan kehidupan seks normal. Namun saya amat teruja melihat produk seperti pam vakum, krim, viagra dan bahan lain yang dikatakan dapat meningkatkan kemampuan seks serta ingin mencuba salah satu daripadanya. Apakah ini boleh memberi kesan sampingan? Saya berusia 26 tahun.

Ingin Tahu, Sabak Bernam, Perak

Jawapan:

Jika saudara tidak mempunyai masalah ereksi dan menjalani kehidupan seks normal, pengambilan ubat ubat 'PDE 5 inhibitors' seperti Viagra, Cialis atau Levitra tidak akan memberi manfaat, malah ia akan memberi kesan sampingan serta membazirkan wang.

Ini kerana ubat-ubat ini berfungsi dengan membesarkan saluran darah ke zakar dan hanya akan memberi manfaat jika saluran darah ke zakar sempit akibat dari kesan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Saudara juga akan mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, sakit otot, muka terasa merah dan panas, sakit di bahagian pinggang, hidung tersumbat dan sakit di bahagian epigastrium.

Saudara perlu faham ubat-ubat di bawah kategori ini bukannya berfungsi menaikkan stamina seksual atau libido, atau membolehkan saudara tahan lama dalam hubungan seksual. Begitu juga dengan pengunaan vakum, ia berfungsi dengan menarik dan mengumpul darah di bahagian zakar dan selepas zakar menjadi tegang, aliran darah kemudian disekat mengunakan cecincin yang dipasang di pangkal zakar.

Ianya boleh mendatangkan kesan seperti lebam dan sakit di bahagian zakar dan kadang-kala luka di pangkal zakar tempat cecincin dipasang. Pengunaan krim juga tidak akan membantu saudara mendapatkan ereksi yang lebih tegang sekiranya saudara mempunyai ereksi normal.

0 comments on "Ingin tahu produk atasi masalah ereksi"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez