Wednesday, April 15, 2009

Bakal pengantin prihatin kedudukan ideal


SAYA berumur 27 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Zakar saya tidak mampu berada dalam keadaan 90 darjah ketika menegang sewaktu berdiri. Ia sekitar 75 darjah secara maksimum walaupun saya mengemut.

Apakah kedudukan yang ideal iaitu tanpa masalah zakar ketika menegang, adakah terus ke atas menghampiri perut atau bagaimana yang terbaik menurut doktor?


Saya mempunyai zakar yang panjang sekitar empat sentimeter (sm) ketika kendur dan 16sm ketika menegang. Tinggi saya sekitar 180sm manakala berat 65 kilogram. Adakah ukuran itu normal untuk individu seperti saya?

AMY

Pulau Pinang


Saiz dan bentuk zakar anda dalam kategori besar dan panjang, oleh itu posisi atau kedudukannya berbeza jika dibandingkan dengan anggota sulit yang berukuran kurang 14sm ketika erek.

Ini kerana, akibat keberatan anggota itu, otot kemut hanya dapat mengampu bahagian pangkalnya supaya ereksi anda dapat bangun ke tahap 75 darjah.

Paling penting ialah kekerasan zakar, kerana untuk melakukan seks penetratif ia perlu keras, padat dan mampu disalurkan ke dalam faraj wanita.

Anda mungkin perlu menggunakan pelicin jenis jeli bagi memudahkan ereksi masuk dengan mudah, selain adanya kerjasama daripada pasangan.

Anda juga perlu tahu sekiranya pasangan ‘seriau’ kerana mendapati zakar bersaiz besar serta panjang dan sudah tentu dia rasa cemas menyebabkannya mengemut, seterusnya menyukarkan usaha menyalurkan anggota sulit ke dalam faraj.

Jika pasangan sedar anggota sulit wanita boleh meluas dan mengembang (sedangkan kepala bayi dan badannya sekali boleh keluar melalui faraj), dia akan dapat melakukannya dengan senang dan dalam kawalannya.

Dia perlu melegakan kemutan untuk mengizinkan ereksi anda masuk. Ada segelintir lelaki yang mana sebahagian besar kulit zakar bahagian bawah bercantum dengan kerandut dan ketika ereksi berlaku, zakar akan mengendur kerana tarikan kerandut itu.

Keadaan itu dikenali sebagai ‘Web Scrotum’ dan cara menyelesaikan masalah ialah dengan memotong ‘web’ atau kulit nipis yang mencantumkan bahagian bawah zakar ke kerandut.

Jangan bertindak sendiri. Anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan sama ada anda berdepan masalah terbabit atau sebaliknya.

0 comments on "Bakal pengantin prihatin kedudukan ideal"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez