Sunday, April 26, 2009

Makanan, minuman sejuk melemahkan anggota sulit?


Soalan

BENARKAH pengambilan makanan dan minuman sejuk akan melemahkan anggota sulit? Apakah ia turut menjejaskan prestasi ketika melakukan perhubungan bersama?

Eddie
Ampangan, Seremban.

DARI pandangan perubatan moden, tidak ada kaitan antara pengambilan makanan atau minuman sejuk dengan ketegangan zakar atau kemungkinan ia boleh mempengaruhi prestasi. Ini kerana proses ketegangan zakar berlaku akibat pembesaran saluran darah ke zakar. Ia dicetuskan dari rangsangan fizikal atau mental. Selain itu, proses ketegangan zakar juga dipengaruhi sistem saraf dan hormon.

Bagaimananapun, jika saudara mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menjejaskan ketegangan zakar secara tidak langsung. Ini kerana minuman beralkohol akan menurunkan tahap konsentrasi saudara.

Mengikut kajian perubatan moden pula, tidak ada bukti kukuh yang mengatakan beberapa jenis makanan atau minuman yang dikenali sebagai 'aphrodisiacs' dapat meningkatkan prestasi hubungan seks seseorang lelaki.

0 comments on "Makanan, minuman sejuk melemahkan anggota sulit?"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez