Sunday, April 26, 2009

Suami sering mengalami mimpi basah


SAYA pelik, mengapa suami sering mengalami mimpi basah sedangkan kami kerap mengadakan hubungan seks. Apakah ia normal? Saya bimbang mungkinkah ia berpunca kerana saya tidak mampu memuaskan keperluan seksual suami saya?

L, Seremban

MIMPI basah atau nocturnal emission (wet dreams) tidak ada kaitan dengan kegagalan puan memuaskan keperluan seksual suami. Ia fenomena normal yang berlaku pada setiap lelaki bermula daripada umur remaja dan tidak mengira usia atau status perkahwinan.

Malah kaum wanita juga boleh mengalami mimpi basah. Ia berkaitan mimpi erotik. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Barat berpendapat mimpi basah akan lebih kerap terjadi kepada lelaki yang kurang melakukan onani.

Tidak ada rawatan yang perlu diberikan sekiranya seseorang itu mengalami mimpi basah ini dan ia tidak ada kaitan dengan penyakit serius.

0 comments on "Suami sering mengalami mimpi basah"

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez