Tuesday, April 14, 2009

6 Masalah Seks Wanita


Sebagai masyarakat timur yang kaya dengan adab sopan tentunya persoalan seks sukar diungkap di khalayak mahuPun dengan Pasangan sendiri. sekiranya ada masalah masing-masing lebih rela memendamkannya. sehingga keadaan benar-benar serius barulah mereka mencari bantuan atauPun mendaPatkan raWatan.
Begitu juga dengan persoalan-persoalan seks yang menjadi kemusykilan. Ramai wanita menyimpannya sendiri daripada ber tanya kepada mereka yang pakar atau ber pengalaman walau pun hati sebenarnya meronta-ronta inginkan jawapannya.

Bagi membantu golongan ini, MW menyenaraikan enam kemusykilan dan masalah seks yang mungkin anda hadapi dan inginkan jawapannya.


1 - Seks kurang hebat selepas melahirkan

Proses melahirkan sudah tentu membawa perubahan buat wanita. Bukan saja bentuk badan yang berubah tapi juga prestasi seks. Ada yang mengatakan prestasi seks wanita yang baru melahirkan tidak akan sehebat sebelumnya. Benarkan begini?

Memang benar, akan ada sedikit perbezaan terhadap prestasi seks selepas seseorang wanita itu bersalin. Perbezaan paling ketara adalah vagina tidak akan ‘seketat’ dulu. Vagina akan sedikit longgar akibat proses melahirkan anak. Hanya suami yang akan merasai perbezaan ini. Bagi ‘mengetatkan’ semula vagina anda disarankan untuk melakukan senaman Kegel iaitu latihan untuk menguatkan otot bahagian ini.


2 - Nafsu makin menurun

Ini lagi satu persoalan seks yang sering membelenggu wanita termasuklah mereka yang baru melahirkan. Kebanyakan mereka mengadu bahawa nafsu seks mereka semakin dingin. Malah ada yang sanggup menolak ajakan seks suami kerana tidak lagi bernafsu. Masalah ini kerap dialami bukan saja buat wanita yang melahirkan tapi juga mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Seeloknya atur pertemuan dengan pakar sakit puan untuk memastikan anda tidak menderita akibat masalah kesihatan seperti menopaus awal.Setelah itu lihat pula gaya hidup anda, sekiranya penyebab penurunan nafsu seks anda adalah akibat kesibukan dengan kerjaya, anda mungkin harus mengubah rutin hidup anda.


3 - Sering hendak buang air kecil

Agak memalukan tapi ada yang menghadapi masalah sering membuang air kecil ketika hendak bersama suami. Tatkala suami sedang ghairah hendak melakukan seks, ada yang menebalkan muka meminta izin dari suami untuk ke bilik air. Walaupun ia mungkin merisaukan anda namun perlu anda ketahui bahawa ia sesuatu yang normal.

Ini kerana bahagian pundi kencing yang paling sensitif terletak di luar dinding organ seksual anda. Jadi rangsangan seks akan memberi kesan seperti hendak membuang air kecil. Sekiranya anda mendapati perkara ini agak mengganggu hubungan seks bersama suami, pastikan anda ke tandas membuang air kecil sebelum memulakan seks.


4 - Sakit ketika melakukan seks

Bagi wanita yang masuk di peringkat menopaus, ramai yang mengadu seks menjadi aktiviti yang menyakitkan. Ketiadaan pelincir akibat perubahan hormon adalah antara penyebabnya. Namun begitu, ada juga wanita yang masih muda mengalami keadaan yang sama. Walaupun sudah dirangsang oleh suami namun mereka masih belum berasa ghairah.

Alat kelamin juga tidak basah sekali gus memberi kesakitan sewaktu bersama suami. Sesetengah wanita tidak mengeluarkan cecair walaupun sudah dirangsang oleh suami. Ia berkemungkinan kerana perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh. Ataupun anda sebenarnya mungkin tidak dirangsang secukupnya oleh suami anda. Untuk pengetahuan, wanita selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk terangsang berbanding lelaki.

Selain itu masalah anda juga mungkin ada kaitan dengan mood. Mood anda mungkin terganggu saat melakukan hubungan seks kerana selalunya rangsangan dari suami akan menyebabkan pengeluaran cecair di alat kelamin.

1 comments on "6 Masalah Seks Wanita"

Unknown on November 13, 2010 at 1:03 PM said...

semua wanita kt dunia akan mengalami masalah kewanitaan, pokok pangkalnya kena lah usaha mencari penyelesaian, sy pn prnah alami masalah smua tu, lbh2 lg bile da melahirkn anak prtama..alhamdulillah, lpas puas sy cr, sy jmpe 1 blog yg blh menolong kaum wanita, http://farajcare.blogspot.com , segala mklumat di dlmnya amat brguna.

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez