Thursday, May 28, 2009

Ereksi tidak bertahan lama

0 comments

SOALAN: Ereksi yang tidak dapat bertahan lama dikatakan petanda kepada terjejasnya kemampuan seseorang lelaki atau dengan kata lain petanda awal kepada lemah syahwat. Adakah ereksi yang lemah boleh menjejaskan kepuasan kepada pasangan iaitu isteri kita?

Jawapan: Ereksi yang tidak dapat bertahan lama boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Rungutan yang biasa diperoleh adalah mereka tidak dapat mengekalkan ereksi seperti waktu muda dahulu.

Untuk membolehkan berlakunya ereksi bekalan darah yang mencukupi amat diperlukan. Dengan itu, adalah penting bagi kita untuk menjaga supaya aliran darah berjalan lancar.

Kerosakan pada salur darah dan saraf pada bahagian zakar memberikan kesan terhadap masalah ereksi. Dalam menangani masalah ini, faktor kesihatan juga perlu diambil kira.

Contohnya mereka yang menghidap diabetes akan lebih berisiko mengalami mati pucuk. Semakin lama seseorang lelaki itu menghidap diabetes, maka semakin tinggilah risikonya.

Oleh itu, sekiranya kita menghidapi diabetes, cuba sebaik mungkin untuk mengawal paras gula dalam darah ke paras yang menghampiri normal demi mengurangkan risiko komplikasinya kepada kesihatan seksual.

Kemesraan dan kebahagiaan suami isteri tidak bergantung kepada hubungan seks semata-mata. Wanita juga menginginkan suami yang tahu menghormati dan memahami perasaannya selain belaian mesra.

Namun begitu, setiap wanita juga mempunyai harapan yang berbeza antara satu sama lain. Berbincanglah secara terbuka sekiranya terdapat sebarang isu yang berkaitan. Hanya anda yang lebih memahami pasangan anda.

Seiring peningkatan usia, kita tentunya lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan dan memerlukan lebih perhatian. Pengambilan vitamin dan suplemen bersesuaian mungkin diperlukan untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Pengambilan ginseng telah lama diamalkan terutamanya oleh masyarakat Cina untuk meningkatkan tenaga dan stamina. Ia didapati boleh membantu kesihatan seksual dengan menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu alat kelamin.

Nama saintifiknya Epinedium sagittatum, Horny goat weed, boleh membantu merangsang saraf deria dan membantu memperbaiki masalah kemerosotan kesihatan seksual di kalangan lelaki.

Bagi wanita ia mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan sewaktu menopaus. Gabungan beberapa herba lain seperti Withania, Damiana dan Muira puama didapati memberi kesan yang lebih baik.

Teruskan bacaan......

Tuesday, May 26, 2009

Testosteron merosot dinginkan seks

0 comments

SOALAN: Saya berusia pertengahan 30-an dan telah pun mendirikan rumah tangga. Saya pernah mendengar bahawa paras testosteron boleh menjejaskan kualiti hubungan intim di kalangan lelaki.

Selain itu saya juga berminat dengan suplemen herba yang dikatakan boleh membantu masalah kemerosotan fungsi seks. Bolehkah diterangkan serba sedikit mengenai masalah ini?

Jawapan: Testosteron adalah hormon yang bertanggungjawab kepada pembentukan perwatakan lelaki seperti perkembangan genital, kalenjar prostat, otot-otot, pertumbuhan bulu badan seperti janggut dan bulu pada bahagian badan yang lain.

Paras hormon ini mencapai tahap puncak pada usia 20 hingga 30 tahun.

Seiring peningkatan usia, paras testosteron juga boleh menurun namun tidak secepat hormon estrogen yang dialami oleh wanita menopaus. Kejatuhannya adalah lebih perlahan dan stabil.

Di kalangan golongan muda kekurangannya boleh menyebabkan beberapa keadaan seperti perkembangan otot yang lemah, perkembangan buah dada, menjejaskan suara, pertumbuhan bulu badan termasuk bulu pada muka dan bahagian badan yang lain.

Kekurangannya di kalangan orang dewasa akan menimbulkan beberapa simptom seperti keletihan, kepanasan badan, kemurungan atau keresahan, kemerosotan keinginan seks, daya konsentrasi yang rendah, menjejaskan kekuatan otot dan penipisan tulang.

Namun begitu, simptom-simptom di atas boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor lain. Untuk mengetahui paras hormon, seseorang itu boleh melakukan ujian darah.

Terdapat beberapa kaedah rawatan hormon, namun ia bergantung kepada kesesuaian dengan pesakit. Sekiranya perlu, doktor akan menyarankan kaedah yang bersesuaian untuk anda.

Terdapat beberapa jenis herba yang boleh diambil untuk membantu mereka yang mengalami masalah dalam kedinginan seks dan membantu meningkatkan kesihatan secara umum.


Muira puama atau nama saintifiknya Liriosma ovata boleh membantu anda untuk mengekalkan ereksi. Begitu juga dengan puncture vine yang boleh merangsang pengeluaran hormon, di samping meningkatkan tenaga seks lelaki.

Manakala pengambilan gingko membantu dari segi merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan ke bahagian alat kelamin dan anggota badan yang lain.

Teruskan bacaan......

Monday, May 25, 2009

Rawatan LVR bantu mengembalikan ‘dara’

0 comments

PROSES melahirkan anak serta penuaan semula jadi sememangnya akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita.

Pengalaman yang begitu istimewa itu walaupun sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik kepada mereka yang sentiasa mementingkan hubungan intim.

Vagina yang semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik sememangnya boleh memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual.

Keadaan ini dipanggil vagina relaxation dan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seks seperti dulu.

Antara simptom lain yang turut dialami akibat masalah ini ialah stress urinary incontinence (SUI) iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing, hilang fungsi kawalan dan penurunan keinginan seksual.

Lazimnya, wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas.

Namun, perubahan akan berlaku selepas melahirkan anak kerana otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj akan mengendur.

Bagaimanapun, ia mungkin boleh kembali kepada keadaan normal tetapi memerlukan jangka masa yang lama.

Situasi ini yang menghantui segelintir wanita kerana takut tidak mendapatkan kepuasan seks terutamanya ketika usia semakin meningkat dan bakal menempuh alam menopaus.

Selain itu, ia juga menyebabkan hilangnya kawalan pundi kencing terhadap air kencing setiap kali bersin atau ketawa.

Mungkin disebabkan itu, ramai wanita yang ingin berusaha mengembalikan ‘dara’ dengan pelbagai kaedah rawatan tradisional atau moden.

Rawatan Laser Vaginal Rejuvenation (LVR) misalnya dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita yang telah bersalin.

Rawatan yang diasaskan oleh Pengasas Institut LVR, Dr. David Matlock dari Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan rawatan moden menggunakan mesin yang canggih dengan kaedah laser.

Di Malaysia, Pakar Sakit Puan dan Kecantikan, Pusat Perubatan Roopi, Datuk Dr. Melagar Singh Roopi berkata, teknologi LVR boleh membantu wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.

“Rawatan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual di kalangan wanita. Ia dapat mengatasi dilema wanita dalam mendapatkan kepuasan seks,” katanya.

Dr. Melagar memberitahu, pembedahan ini menggunakan laser dan tidak melibatkan penggunaan jarum hingga mengakibatkan pendarahan. Ia mengambil masa satu hingga dua jam.


Katanya, umumnya, pesakit yang bekerja boleh kembali ke pejabat selepas dua hingga lima hari rawatan bergantung kepada keadaan pesakit.

“Secara tidak langsung rawatan ini mampu mengurangkan diameter luar dalam vagina, sekali gus meningkatkan dan menguatkan rangsangan vagina.

Bagi mereka yang ingin mengetahui rawatan LVR boleh berkunjung ke Pusat Perubatan Roopi di 86, Jalan Haji Eusoff, Kompleks Damai, Kuala Lumpur atau menghubungi 03-4042 3766.

Kelebihan LVR

* Prosedur pembedahan ke atas pesakit luar yang hanya mengambil masa lebih kurang satu jam.

* Sebagai pelopor dalam teknik yang unggul ini, sesuatu yang paling mengujakan ialah ia mampu pulih dalam tempoh yang cepat dan wanita yang menjalani rawatan boleh kembali melakukan rutin harian selepas melakukan prosedur tersebut.

Fakta LVR

* Masa sembuh yang singkat dan selamat.

* Pembedahan laser.

* Rawatan untuk wanita melepasi usia melahirkan anak.

Teruskan bacaan......

Sunday, May 24, 2009

Hubungan intim terjejas

0 comments

“SAYA berusia 50-an dan merupakan seorang penghidap diabetes yang sedang dalam rawatan doktor. Saya mudah berasa letih dan sering kelihatan tidak bermaya.

Akibatnya, hubungan intim saya dan isteri juga turut terjejas. Saya sangat berminat untuk mencuba rawatan alternatif atau herba yang mungkin boleh membantu dengan masalah yang membelenggu saya ini.”

JAWAPAN: Keletihan dan kelesuan merupakan antara simptom yang kerap dirungutkan oleh mereka yang menghidap diabetes. Terdapat beberapa jenis herba yang mungkin boleh melegakan masalah anda.

Herba ‘Horny Goat Weed’ boleh digunakan untuk melegakan keletihan, meningkatkan fungsi erektil lelaki, selain memberi kesan positif dalam mempertingkatkan keinginan syahwat.

Gingko juga boleh digunakan kerana ia merupakan antara herba tertua yang mempunyai sejarah penggunaan yang lama kerana manfaatnya dalam memperbaiki aliran darah.

Gingko merehatkan saluran darah dan merangsang peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk ke alat kelamin.

Bekalan darah yang mencukupi penting untuk membolehkan alat kelamin lelaki menegang atau mengekalkan ketegangan untuk hubungan intim.

Dalam perubatan Ayurvedik pula, Tribulus popular sebagai tonik kesihatan sistem pembiakan dan dikatakan boleh memperbaiki fungsi seksual.


Panax Ginseng juga dianggap sebagai salah satu herba afrodisia (perangsang keinginan seks).

Ginseng didapati dapat memberi manfaat kepada mereka yang sering keletihan, insomnia dan kemurungan yang turut menjejaskan prestasi seksual.

Antara herba lain yang pernah digunakan untuk memperbaiki masalah kemerosotan fungsi seksual termasuklah Muira Puama, Withania dan Damiana.

Bagi kaum lelaki, Muira Puama membantu mereka yang kekurangan keinginan seks serta kesukaran untuk mengekalkan ereksi manakala bagi wanita pula, masalah sama mungkin boleh dibantu dengan menggunakan Damiana yang dikatakan boleh merangsang keinginan seks dan kepekaan klitoris.

Gabungan herba-herba ini tentunya lebih baik kerana kesan meluasnya kepada kesihatan secara umumnya.

Teruskan bacaan......

Monday, May 18, 2009

Guna cara selit, gesel

0 comments

BIASANYA lelaki bujang melakukan onani untuk puaskan nafsunya, namun berbeza dengan saya kerana saya menyelitkan zakar pada celah kangkang dan menggeselnya pada paha sambil membayangkan saya melakukan seks.

Beberapa saat selepas itu saya berasa puas seperti melakukan onani, namun saya tidak mengeluarkan air mani seperti kebiasaan lelaki yang melakukan onani.

Saya ingin bertanya doktor, adakah ini memberi kesan sampingan pada diri saya?

KAMA
Muar, Johor



Memang tidak dinafikan, aktiviti merangsang anggota sulit untuk mendapat kepuasan atau onani adalah amalan lelaki dan wanita.

Jika perkara itu dilakukan untuk mengelak persetubuhan atau seks rambang, mungkin ini satu pilihan yang boleh diterima jika tiada cara lain.

Namun, jika cara itu dipilih untuk melepaskan perasaan syahwat, elok cara merangsangkan anggota sulit itu dilakukan dengan sempurna tanpa menjejaskan kesihatan anggota berkenaan seperti menggesel penghujung zakar dengan menggunakan krim supaya kulit tidak melecet atau membengkak.

Melakukan dengan cara luar biasa seperti anda lakukan akan menimbulkan kesulitan kerana anda mungkin hilang seronok dengan cara biasa iaitu kemasukan zakar ke dalam faraj.

Ini kerana geselan penghujung zakar pada faraj dapat memberi kepuasan sama dengan cara yang anda lakukan sekarang.



Jika anda menahan pengeluaran air mani, kemungkinan perkara itu berlaku apabila bersama pasangan kelak. Jika tiada pengeluaran air mani atau ejakulasi, tentu pasangan anda tidak dapat mencapai kehamilan.

Cara onani yang anda lakukan termasuk dalam amalan onani songsang yang dikenali sebagai Traumatic Masturbatory Syndrome. Usah lakukan amalan ini lagi.

Selain itu, jangan menahan ejakulasi. Lakukan onani hanya jika tiada cara lain dapat melegakan tekanan syahwat anda.

Cuba jangan duduk berseorangan atau membaca buku serta menonton bahan lucah kerana anda terdedah kepada onani. Amalan hidup sihat ialah menghindari rokok, minuman keras dan onani songsang.

Teruskan bacaan......

Thursday, May 7, 2009

Kahwin kerana nafsu, jahil ilmu rumah tangga punca retak

0 comments

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan
“Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin).

Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.

Tengku Asmadi berkata, sikap berterus terang, termasuk menjelaskan sejarah cinta lama masing-masing sebelum bersatu dengan pasangan yang dinikahi menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.

“Dalam kehidupan sekarang, kita tidak nafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan orang lain. Ada kes, ketika bersatu sebagai suami isteri barulah rahsia sebelum ini terbuka.

“Ada suami berasa tertipu apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada dara lagi pada malam pertama dan apabila suami tidak boleh menerima kenyataan, tercetuslah pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian,” katanya.

Berselindung di sebalik perbuatan baik ketika di alam percintaan juga boleh menjadi punca perceraian di kalangan pasangan baru berkahwin.

“Ramai pasangan bercinta berlagak baik demi menarik perhatian si kekasih. Apabila berkahwin dan duduk serumah, perkara negatif yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan tiba-tiba kelihatan, menyebabkan timbul rasa jelik atau benci.

“Ketika ini perlu ada kesediaan menerima pasangan seadanya kerana sebelum berkahwin kita melihat nilai positif di dalam diri pasangan, jadi kenapa selepas berkahwin kita tidak boleh menerima keburukan pasangan. Hargai kekurangan yang ada dan pada masa sama berseronoklah dengan persamaan yang wujud,” katanya.

Tengku Asmadi berkata, ketika awal pernikahan, cara berkomunikasi memainkan peranan utama dalam menentukan kerukunan rumah tangga berkekalan.

“Perlu diingat, setiap orang tidak suka jika sentiasa dipersalahkan dalam apa jua perkara. Justeru, amat penting pasangan yang baru berkahwin bersama-sama mengubah kekurangan diri dan berjanji untuk menjadi yang terbaik. Berilah masa kepada pasangan untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman.

“Bagaimanapun, ada pasangan yang tidak dapat menerima kekurangan ketara pada pasangan sehingga membawa kepada perceraian pada awal usia perkahwinan. Misalnya, suami yang selama ini dirasakan mampu membimbing ke arah kebaikan berubah sikap tidak seperti diharapkan atau ada suami yang langsung tidak memberi nafkah.

“Ketika itu, pasangan perlu bersikap rasional demi mengelakkan perceraian kerana kita tidak boleh berputus asa terhadap mahligai yang dibina kerana perceraian adalah perkara halal paling tidak disukai Allah,” katanya.

Selain itu, pasangan muda sering dikaitkan dengan darah muda atau tidak sabar sehinggakan perkataan cerai mudah dilafazkan tatkala berlaku perselisihan faham kecil.

“Pesan saya, perkataan pertama yang perlu dipadamkan terus daripada fikiran seorang suami ialah cerai kerana ia menandakan anda sememangnya ingin memberikan komitmen penuh untuk menjayakan sesebuah perkahwinan.

“Pasangan muda sekarang tidak nampak impak perceraian kerana mereka tidak memikirkan soal tanggungjawab, selain tidak mendalami ilmu pernikahan sehinggakan mereka berani mempermainkan perkataan cerai itu sendiri,” katanya

Tengku Asmadi berkata, modul kursus praperkahwinan yang ada untuk bakal pengantin diteliti semula dengan menekankan pelbagai elemen baru terutama yang membabitkan ilmu rumah tangga.

“Lebih elok jika tempoh kursus dilanjutkan supaya bakal suami dan isteri dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang diajar benar-benar berkesan di hati,” katanya.

Teruskan bacaan......

Monday, May 4, 2009

Stres psikologi halang hubungan intim

0 comments

SOALAN

SAYA berusia 25 tahun dan berkahwin hampir dua tahun. Saya dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Tetapi saya mempunyai masalah mengadakan hubungan seks iaitu kesukaran untuk memasukkan zakar ke dalam faraj dan saya berasa teramat sakit dan gagal melakukan sepenuhnya, ia biasanya terhenti separuh jalan saja.

Masalah ini makin berlarutan apabila suami dipindahkan untuk bekerja di luar kawasan dan agak menyukarkan kami untuk selalu mencuba melakukan hubungan intim. Saya dan suami pernah bertemu doktor untuk bertanyakan nasihat.

Masalah yang saya alami kemungkinan disebabkan stres atau terlalu takut (dari segi psikologi), kulit sensitif atau kurang cairan untuk melembapkan faraj. Doktor menyarankan meluangkan masa untuk bercuti dan tumpukan sepenuhnya untuk melakukan hubungan intim.

Tetapi hampir dua tahun, saya tetap menghadapi masalah sama. Saya tidak mempunyai masalah kekeringan faraj (selain keluar secara semula jadi, saya juga menggunakan pelincir), tetapi terlalu susah untuk melalui selaput dara dan selama ini terlalu sukar untuk memecahkan dara.

Adakah ia disebabkan saya mempunyai selaput dara terlalu tebal? Bolehkah saya menjalani prosedur yang membantu saya memecahkan selaput dara atau memudahkan zakar melalui selaput dara?

Jika ada, berapakah anggaran kosnya? Harap doktor dapat memberi pandangan.

LIANA,
Puchong, Selangor


JAWAPAN

MASALAH kegagalan melakukan hubungan seks penetratif ada berlaku di kalangan kita, malah ada yang menjangkau sehingga 10 tahun.

Berjumpalah pakar sakit puan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Penerangan secara visual sama ada menggunakan gambar atau sewaktu pemeriksaan fizikal ke atas anda sendiri dapat membantu pasangan untuk lebih memahami anatomi dan menghilangkan kebimbangan atau ketakutan isteri melakukan hubungan seks kali pertama.

Pemeriksaan ke atas selaput dara juga boleh dilakukan. Prosedur memecahkan selaput dara boleh dilakukan, namun pasangan mesti memahami bahawa ada juga kemungkinan masalah hubungan seks ini masih gagal selepas pembedahan memandangkan dalam kebanyakan kes, ia hanya membabitkan kebimbangan atau stres psikologi saja dan bukan disebabkan selaput dara yang tebal atau bukaan terlalu kecil.

Kosnya juga boleh mencecah sekitar RM2,000, ia dilakukan menggunakan pembiusan dan di dalam bilik bedah.

Teruskan bacaan......

Saturday, May 2, 2009

Kehilangan rasa bila bersetubuh

0 comments

SAYA ingin bertanya mengenai zakar yang kehilangan rasa bila bersetubuh akibat kerap melakukan onani dengan sabun. Apakah kehilangan rasa ini boleh sembuh semula secara semula jadi?

Nell, Kota Kinabalu.

UNTUK makluman saudara, kerap melakukan onani menggunakan sabun tidak menyebabkan zakar kehilangan rasa semasa bersetubuh. Kehilangan rasa yang kekal pada zakar mungkin berpunca dari masalah saraf.

Kehilangan rasa pada zakar juga boleh terjadi kepada lelaki yang menggunakan gel pelincir yang mengandungi local anasthetics seperti lignocaine dan ini bersifat sementara saja. Setengah kondom di pasaran juga dilapisi lignocaine di bahagian dalam.

Penggunaan lignocaine ini bertujuan memberi kesan kebas pada kepala zakar dan ini akan memanjangkan masa hubungan seks sebelum ejakulasi. Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kebas ini supaya pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat.

Penggunaan sabun semasa onani boleh memberi kesan kepada zakar dalam bentuk pengeringan kulit di kepala zakar dan di sekeliling zakar. Kulit di kawasan zakar adalah sensitif.

Sesetengah sabun akan menghilangkan kelembapan semula jadi di kawasan zakar. Sabun juga boleh menyebabkan iritasi pada pembukaan urethra dan ini menyebabkan rasa pedih selepas onani.

Adalah lebih baik jika saudara menggunakan water base gel seperti KY Jelly untuk melakukan onani. Selain itu, minyak bayi juga boleh digunakan tetapi zakar perlu dibasuh selepas onani. Penggunaan petroleum base gel tidak digalakkan.

Teruskan bacaan......
 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez