Thursday, May 28, 2009

Ereksi tidak bertahan lama

0 comments

SOALAN: Ereksi yang tidak dapat bertahan lama dikatakan petanda kepada terjejasnya kemampuan seseorang lelaki atau dengan kata lain petanda awal kepada lemah syahwat. Adakah ereksi yang lemah boleh menjejaskan kepuasan kepada pasangan iaitu isteri kita?

Jawapan: Ereksi yang tidak dapat bertahan lama boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Rungutan yang biasa diperoleh adalah mereka tidak dapat mengekalkan ereksi seperti waktu muda dahulu.

Untuk membolehkan berlakunya ereksi bekalan darah yang mencukupi amat diperlukan. Dengan itu, adalah penting bagi kita untuk menjaga supaya aliran darah berjalan lancar.

Kerosakan pada salur darah dan saraf pada bahagian zakar memberikan kesan terhadap masalah ereksi. Dalam menangani masalah ini, faktor kesihatan juga perlu diambil kira.

Contohnya mereka yang menghidap diabetes akan lebih berisiko mengalami mati pucuk. Semakin lama seseorang lelaki itu menghidap diabetes, maka semakin tinggilah risikonya.

Oleh itu, sekiranya kita menghidapi diabetes, cuba sebaik mungkin untuk mengawal paras gula dalam darah ke paras yang menghampiri normal demi mengurangkan risiko komplikasinya kepada kesihatan seksual.

Teruskan bacaan......

Tuesday, May 26, 2009

Testosteron merosot dinginkan seks

0 comments

SOALAN: Saya berusia pertengahan 30-an dan telah pun mendirikan rumah tangga. Saya pernah mendengar bahawa paras testosteron boleh menjejaskan kualiti hubungan intim di kalangan lelaki.

Selain itu saya juga berminat dengan suplemen herba yang dikatakan boleh membantu masalah kemerosotan fungsi seks. Bolehkah diterangkan serba sedikit mengenai masalah ini?

Jawapan: Testosteron adalah hormon yang bertanggungjawab kepada pembentukan perwatakan lelaki seperti perkembangan genital, kalenjar prostat, otot-otot, pertumbuhan bulu badan seperti janggut dan bulu pada bahagian badan yang lain.

Paras hormon ini mencapai tahap puncak pada usia 20 hingga 30 tahun.

Seiring peningkatan usia, paras testosteron juga boleh menurun namun tidak secepat hormon estrogen yang dialami oleh wanita menopaus. Kejatuhannya adalah lebih perlahan dan stabil.

Di kalangan golongan muda kekurangannya boleh menyebabkan beberapa keadaan seperti perkembangan otot yang lemah, perkembangan buah dada, menjejaskan suara, pertumbuhan bulu badan termasuk bulu pada muka dan bahagian badan yang lain.

Kekurangannya di kalangan orang dewasa akan menimbulkan beberapa simptom seperti keletihan, kepanasan badan, kemurungan atau keresahan, kemerosotan keinginan seks, daya konsentrasi yang rendah, menjejaskan kekuatan otot dan penipisan tulang.

Namun begitu, simptom-simptom di atas boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor lain. Untuk mengetahui paras hormon, seseorang itu boleh melakukan ujian darah.

Terdapat beberapa kaedah rawatan hormon, namun ia bergantung kepada kesesuaian dengan pesakit. Sekiranya perlu, doktor akan menyarankan kaedah yang bersesuaian untuk anda.

Terdapat beberapa jenis herba yang boleh diambil untuk membantu mereka yang mengalami masalah dalam kedinginan seks dan membantu meningkatkan kesihatan secara umum.

Teruskan bacaan......

Monday, May 25, 2009

Rawatan LVR bantu mengembalikan ‘dara’

0 comments

PROSES melahirkan anak serta penuaan semula jadi sememangnya akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita.

Pengalaman yang begitu istimewa itu walaupun sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik kepada mereka yang sentiasa mementingkan hubungan intim.

Vagina yang semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik sememangnya boleh memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual.

Keadaan ini dipanggil vagina relaxation dan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seks seperti dulu.

Antara simptom lain yang turut dialami akibat masalah ini ialah stress urinary incontinence (SUI) iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing, hilang fungsi kawalan dan penurunan keinginan seksual.

Lazimnya, wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas.

Namun, perubahan akan berlaku selepas melahirkan anak kerana otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj akan mengendur.

Bagaimanapun, ia mungkin boleh kembali kepada keadaan normal tetapi memerlukan jangka masa yang lama.

Situasi ini yang menghantui segelintir wanita kerana takut tidak mendapatkan kepuasan seks terutamanya ketika usia semakin meningkat dan bakal menempuh alam menopaus.

Selain itu, ia juga menyebabkan hilangnya kawalan pundi kencing terhadap air kencing setiap kali bersin atau ketawa.

Mungkin disebabkan itu, ramai wanita yang ingin berusaha mengembalikan ‘dara’ dengan pelbagai kaedah rawatan tradisional atau moden.

Rawatan Laser Vaginal Rejuvenation (LVR) misalnya dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita yang telah bersalin.

Rawatan yang diasaskan oleh Pengasas Institut LVR, Dr. David Matlock dari Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan rawatan moden menggunakan mesin yang canggih dengan kaedah laser.

Di Malaysia, Pakar Sakit Puan dan Kecantikan, Pusat Perubatan Roopi, Datuk Dr. Melagar Singh Roopi berkata, teknologi LVR boleh membantu wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.

“Rawatan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual di kalangan wanita. Ia dapat mengatasi dilema wanita dalam mendapatkan kepuasan seks,” katanya.

Dr. Melagar memberitahu, pembedahan ini menggunakan laser dan tidak melibatkan penggunaan jarum hingga mengakibatkan pendarahan. Ia mengambil masa satu hingga dua jam.

Teruskan bacaan......

Sunday, May 24, 2009

Hubungan intim terjejas

0 comments

“SAYA berusia 50-an dan merupakan seorang penghidap diabetes yang sedang dalam rawatan doktor. Saya mudah berasa letih dan sering kelihatan tidak bermaya.

Akibatnya, hubungan intim saya dan isteri juga turut terjejas. Saya sangat berminat untuk mencuba rawatan alternatif atau herba yang mungkin boleh membantu dengan masalah yang membelenggu saya ini.”

JAWAPAN: Keletihan dan kelesuan merupakan antara simptom yang kerap dirungutkan oleh mereka yang menghidap diabetes. Terdapat beberapa jenis herba yang mungkin boleh melegakan masalah anda.

Herba ‘Horny Goat Weed’ boleh digunakan untuk melegakan keletihan, meningkatkan fungsi erektil lelaki, selain memberi kesan positif dalam mempertingkatkan keinginan syahwat.

Gingko juga boleh digunakan kerana ia merupakan antara herba tertua yang mempunyai sejarah penggunaan yang lama kerana manfaatnya dalam memperbaiki aliran darah.

Gingko merehatkan saluran darah dan merangsang peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk ke alat kelamin.

Bekalan darah yang mencukupi penting untuk membolehkan alat kelamin lelaki menegang atau mengekalkan ketegangan untuk hubungan intim.

Dalam perubatan Ayurvedik pula, Tribulus popular sebagai tonik kesihatan sistem pembiakan dan dikatakan boleh memperbaiki fungsi seksual.

Teruskan bacaan......

Monday, May 18, 2009

Guna cara selit, gesel

0 comments

BIASANYA lelaki bujang melakukan onani untuk puaskan nafsunya, namun berbeza dengan saya kerana saya menyelitkan zakar pada celah kangkang dan menggeselnya pada paha sambil membayangkan saya melakukan seks.

Beberapa saat selepas itu saya berasa puas seperti melakukan onani, namun saya tidak mengeluarkan air mani seperti kebiasaan lelaki yang melakukan onani.

Saya ingin bertanya doktor, adakah ini memberi kesan sampingan pada diri saya?

KAMA
Muar, Johor



Memang tidak dinafikan, aktiviti merangsang anggota sulit untuk mendapat kepuasan atau onani adalah amalan lelaki dan wanita.

Jika perkara itu dilakukan untuk mengelak persetubuhan atau seks rambang, mungkin ini satu pilihan yang boleh diterima jika tiada cara lain.

Namun, jika cara itu dipilih untuk melepaskan perasaan syahwat, elok cara merangsangkan anggota sulit itu dilakukan dengan sempurna tanpa menjejaskan kesihatan anggota berkenaan seperti menggesel penghujung zakar dengan menggunakan krim supaya kulit tidak melecet atau membengkak.

Melakukan dengan cara luar biasa seperti anda lakukan akan menimbulkan kesulitan kerana anda mungkin hilang seronok dengan cara biasa iaitu kemasukan zakar ke dalam faraj.

Ini kerana geselan penghujung zakar pada faraj dapat memberi kepuasan sama dengan cara yang anda lakukan sekarang.


Teruskan bacaan......

Thursday, May 7, 2009

Kahwin kerana nafsu, jahil ilmu rumah tangga punca retak

0 comments

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan

Teruskan bacaan......

Monday, May 4, 2009

Stres psikologi halang hubungan intim

0 comments

SOALAN

SAYA berusia 25 tahun dan berkahwin hampir dua tahun. Saya dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Tetapi saya mempunyai masalah mengadakan hubungan seks iaitu kesukaran untuk memasukkan zakar ke dalam faraj dan saya berasa teramat sakit dan gagal melakukan sepenuhnya, ia biasanya terhenti separuh jalan saja.

Masalah ini makin berlarutan apabila suami dipindahkan untuk bekerja di luar kawasan dan agak menyukarkan kami untuk selalu mencuba melakukan hubungan intim. Saya dan suami pernah bertemu doktor untuk bertanyakan nasihat.

Masalah yang saya alami kemungkinan disebabkan stres atau terlalu takut (dari segi psikologi), kulit sensitif atau kurang cairan untuk melembapkan faraj. Doktor menyarankan meluangkan masa untuk bercuti dan tumpukan sepenuhnya untuk melakukan hubungan intim.

Tetapi hampir dua tahun, saya tetap menghadapi masalah sama. Saya tidak mempunyai masalah kekeringan faraj (selain keluar secara semula jadi, saya juga menggunakan pelincir), tetapi terlalu susah untuk melalui selaput dara dan selama ini terlalu sukar untuk memecahkan dara.

Adakah ia disebabkan saya mempunyai selaput dara terlalu tebal? Bolehkah saya menjalani prosedur yang membantu saya memecahkan selaput dara atau memudahkan zakar melalui selaput dara?

Jika ada, berapakah anggaran kosnya? Harap doktor dapat memberi pandangan.

LIANA,
Puchong, Selangor


JAWAPAN

MASALAH kegagalan melakukan hubungan seks penetratif ada berlaku di kalangan kita, malah ada yang menjangkau sehingga 10 tahun.

Berjumpalah pakar sakit puan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Penerangan secara visual sama ada menggunakan gambar atau sewaktu pemeriksaan fizikal ke atas anda sendiri dapat membantu pasangan untuk lebih memahami anatomi dan menghilangkan kebimbangan atau ketakutan isteri melakukan hubungan seks kali pertama.

Teruskan bacaan......

Saturday, May 2, 2009

Kehilangan rasa bila bersetubuh

0 comments

SAYA ingin bertanya mengenai zakar yang kehilangan rasa bila bersetubuh akibat kerap melakukan onani dengan sabun. Apakah kehilangan rasa ini boleh sembuh semula secara semula jadi?

Nell, Kota Kinabalu.

UNTUK makluman saudara, kerap melakukan onani menggunakan sabun tidak menyebabkan zakar kehilangan rasa semasa bersetubuh. Kehilangan rasa yang kekal pada zakar mungkin berpunca dari masalah saraf.

Kehilangan rasa pada zakar juga boleh terjadi kepada lelaki yang menggunakan gel pelincir yang mengandungi local anasthetics seperti lignocaine dan ini bersifat sementara saja. Setengah kondom di pasaran juga dilapisi lignocaine di bahagian dalam.

Penggunaan lignocaine ini bertujuan memberi kesan kebas pada kepala zakar dan ini akan memanjangkan masa hubungan seks sebelum ejakulasi. Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kebas ini supaya pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat.

Penggunaan sabun semasa onani boleh memberi kesan kepada zakar dalam bentuk pengeringan kulit di kepala zakar dan di sekeliling zakar. Kulit di kawasan zakar adalah sensitif.

Sesetengah sabun akan menghilangkan kelembapan semula jadi di kawasan zakar. Sabun juga boleh menyebabkan iritasi pada pembukaan urethra dan ini menyebabkan rasa pedih selepas onani.

Adalah lebih baik jika saudara menggunakan water base gel seperti KY Jelly untuk melakukan onani. Selain itu, minyak bayi juga boleh digunakan tetapi zakar perlu dibasuh selepas onani. Penggunaan petroleum base gel tidak digalakkan.

 

SENSA AYUZIP Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez